Cari:
Kerjasama AS-China Mampu Pacu Hubungan Dua Hala
2014-07-11 14:40:36 CRI Cetak

Dialog Strategi dan Ekonomi China-AS pusingan ke-6 yang diadakan di Beijing kelmarin dan semalam mendapat ulasan positif media dan sarjana AS.

Akhbar Washinton Post dalam rencana yang diterbitkan semalam berkata, AS dan China menggunakan peluang ini untuk menekankan potensi kerjasama luas dalam pelbagai bidang dan bersetuju mengelakkan konflik, serta mengekalkan hidup bersama secara damai bagi terus memperbaiki hubungan bilateral.

Pakar dari Insititut Pengajian Ekonomi Antarabangsa Peterson AS, Gary Clyde Hufbauer berpendapat, jadual rundingan perjanjian pelaburan bilateral yang ditetapkan agak pragmatik. Beliau juga optimis terhadap masa depan rundingan ini.

Pakar Pusat China John Thornton Institut Brookings AS, David Dollar berkata, persetujuan AS dan China untuk memulakan rundingan awal senarai negatif pada tahun 2015 merupakan kemajuan positif. Hal ini mencerminkan kedua-dua pihak bersungguh-sungguh berusaha mencapai perjanjian pelaburan bilateral.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Perdagangan AS-China, John Frisbie mengeluarkan kenyataan bahawa Dialog Strategi dan Ekonomi AS-China terus menjadi platform yang penting bagi pegawai kanan kedua-dua negara untuk mengadakan dialog peringkat tinggi. Penetapan jadual untuk mempercepat perjanjian pelaburan bilateral yang bermutu merupakan hasil yang positif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China