Cari:
Utusan Khas China Seru Israel-Palestin Hentikan Pertempuran
2014-07-13 14:35:20 CRI Cetak

Utusan khas China bagi Isu Asia Barat, Wu Sike ketika diwawancara oleh media di Teheran, ibu kota Iran semalam menyatakan bahawa China berasa sesal dan bimbang terhadap konflik antara Israel dan Palestin yang telah mengakibatkan kecederaan dan kematian ramai orang. China menyeru agar kedua-dua pihak segera menghentikan tindakan bersenjata demi mengelakkan malapetaka kemanusiaan yang lebih teruk.

Wu menyatakan China berpendapat bahawa tindakan kekerasan tidak bermanfaat bagi penyelesaian masalah sebaliknya mengakibatkan pertentangan dan kebencian antara satu sama lain. Beliau berharap kedua-dua pihak mengawal diri dengan sedapat mungkin, segera menghentikan pertempuran dan menyelesaikan konflik melalui rundingan damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China