Cari:
Republik Korea: DPRK Lancarkan Lagi Peluru Berpandu
2014-07-13 14:46:37 CRI Cetak

Menurut Agensi Berita Yonhap Republik Korea, Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) melancarkan dua peluru berpandu yang berkemungkinan besar peluru berpandu balistik "Scud" di tapak kira-kira 20 kilometer dari garisan sempadan ketenteraan kedua-dua negara itu subuh tadi.

Menurut penganalisis, DPRK mengambil tindakan tersebut untuk membantah latihan tentera bersama AS-Republik Korea, dan memberikan tekanan kepada Republik Korea demi mengubah sikapnya terhadap "cadangan khas" anjuran DPRK sebelum ini.

Dilaporkan lagi, Kementerian Pertahanan Jepun mengesahkan hal ini dan bakal mengadakan mesyuarat tergempar berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China