Cari:
Palestin Minta Bantuan PBB
2014-07-14 15:51:24 CRI Cetak

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (kanan) bersama dengan penyelaras khas PBB bagi Proses Damai Asia Barat, Robert Serry (kiri)

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas merayu kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya memberi perlindungan kepada warga Palestin di Genting Gaza.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menemui penyelaras khas PBB bagi Proses Damai Asia Barat, Robert Serry semalam.

Abbas mengatakan, serangan Israel ke atas Gaza mengakibatkan kematian dan kecederaan yang dahsyat serta kerugian yang besar pada harta benda di Palestin. Pucuk pimpinan negara itu memutuskan untuk meminta bantuan daripada PBB demi keselamatan rakyat negara tersebut.

Berdasarkan sumber Kementerian Kesihatan Palestin, setakat semalam, serangan Israel menyebabkan sekurang-kurangnya 167 orang Palestin terkorban, manakala lebih 1,100 lagi cedera, antaranya hampir 77% adalah rakyat jelata.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China