Cari:
Rusia Bantah Serangan Ukraine ke atas Wilayahnya
2014-07-14 15:57:11 CRI Cetak

Setiausaha Akhbar Presiden Rusia, Dmitri Peskov memberitahu agensi berita Itar-Tass semalam bahawa Putin melahirkan kebimbangan terhadap operasi ketenteraan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Ukraine dan menyifatkan serangan peluru meriam ke atas wilayah Rusia sebagai tindakan "tidak boleh diterima".

Kementerian Luar Rusia mengemukakan bantahan keras kepada pihak Ukraine berhubung serangan meriam berkenaan. Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, serangan itu menyebabkan situasi di kawasan sempadan Rusia-Ukraine bertambah tegang dan "tidak dapat dipulihkan". Rusia sekali lagi menuntut Ukraine supaya bertindak mengelak provokasi seumpama itu berulang.

Agensi berita Itar-Tass melaporkan, beberapa butir peluru meriam yang dilancarkan dari Ukraine disasarkan ke Rostov berhampiran sempadan kedua-dua negara itu, mengakibatkan dua buah bangunan rosak, seorang terkorban dan dua lagi cedera. Ini kes kematian dan kecederaan yang pertama di wilayah Rusia sejak situasi semakin meruncing di timur Ukraine.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China