Cari:
Kerjasama antara BRICS Luas
2014-07-14 16:41:29 CRI Cetak

Pertemuan keenam pemimpin negara-negara BRICS, iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan akan diadakan di Brazil pada 15 hingga 16 Julai nanti.

Pakar dari dalam dan luar negeri menganggap, selaku entiti ekonomi baru muncul, BRICS yang menjadi pelopor bagi negara-negara membangun yang lain berhadapan peluang kerjasama yang lebih luas.

Pakar dari Akademi Sains Sosial China, Huang Wei menyatakan, BRICS harus memberi fokus kepada penerokaan pasaran dan permintaan, sekali gus mewujudkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang melalui sains dan teknologi serta inovasi.

Pakar dari Pusat Pengajian Isu BRICS Brazil, Profesor Paulo Roberto de Almeida mengatakan, negara-negara berkenaan harus membentuk mekanisme berhubung perkara-perkara yang terperinci, seperti mengadakan mesyuarat peringkat menteri secara berkala.

Presiden Syarikat Penasihat Frontier Afrika Selatan, Martyn Davies berpendapat, jika negara-negara berkenaan lebih bersatu padu, suara mereka mengenai isu geopolitik dan geoekonomi global lebih didengari di pentas antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China