Cari:
Pertemuan Pemimpin BRICS di Brazil
2014-07-15 15:56:39 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping tiba di Fortaleza, Brazil semalam untuk menghadiri pertemuan keenam pemimpin negara-negara BRICS, iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan pada 15 hingga 16 Julai.

Xi yang menyifatkan BRICS sebagai kuasa utama dalam pembentukan hubungan dan sistem antarabangsa berkata, China menyokong dan aktif terlibat dalam kerjasama dengan negara anggota yang lain.

Dewasa ini, pemulihan ekonomi sejagat masih berdepan dengan banyak masalah yang rumit. China berharap untuk membincangkan rangka kerjasama dengan negara berkenaan dan mengeratkan persepakatan, sekali gus menyuntik tenaga positif bagi usaha mendorong pertumbuhan ekonomi global serta perdamaian dan perkembangan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China