Cari:
Israel dan Hamas Bincang Gencatan Senjata
2014-07-15 16:05:29 CRI Cetak

Kabinet Keselamatan Israel bermesyuarat awal pagi ini mengenai cadangan gencatan senjata dengan Hamas yang disyorkan oleh Mesir.

Akhbar Baitulmuqaddis memetik seorang pegawai kanan Israel sebagai berkata, pihaknya memandang serius terhadap cadangan Mesir itu. Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dalam mesyuarat Kabinet pagi ini mencadangkan anggota Kabinet itu supaya menerima gencatan senjata tersebut.

Berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan Mesir malam tadi, serangan laut, darat dan udara di Genting Gaza perlu dihentikan bagi melicinkan pengangkutan barangan dan menjamin keselamatan orang awam.

Gencatan senjata dijangka dikuatkuasakan bermula pukul 9.00 pagi hari ini. Pihak-pihak yang bertempur perlu melakukan gencatan senjata tanpa syarat dalam tempoh 12 jam, manakala delegasi Israel dan Palestin juga perlu berunding dengan Mesir secara berasingan di Kaherah.

Ketua Perunding Palestin, Saeb Erekat mengalu-alukan cadangan gencatan senjata Mesir itu dan percaya bahawa Hamas bakal menerima cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, jurucakap Hamas dalam kenyataan berkata, pihaknya tidak pernah mendapatkan surat cadangan Mesir berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China