Cari:
Rundingan Isu Nuklear Iran Capai Kemajuan
2014-07-16 15:24:56 CRI Cetak

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry yakin, kaedah untuk menyelesaikan isu nuklear Iran secara menyeluruh pasti dapat ditemui.

Beliau dalam sidang media di Vienna semalam berkata, rundingan tentang isu nuklear Iran telah mencapai kemajuan yang hakiki dan pihak-pihak yang terbabit sudah melaksanakan "Pelan Tindakan Bersama". Walau bagaimanapun, percanggahan pendapat masih wujud dalam sesetengah masalah utama.

Menurut Kerry, jika perjanjian menyeluruh menjelang tempoh akhir, iaitu 20 Julai gagal dicapai, mereka akan mengkaji sama ada melanjutkan tempoh rundingan atau tidak.

Dalam pada itu, Menteri Luar Iran, Javad Zarif berkata, pihaknya tetap yakin perjanjian berkenaan akan dicapai sebelum tarikh akhir itu.

Sebelum ini, wakil China bagi isu nuklear Iran, Wang Qun menyatakan, China dan AS bersetuju meningkatkan komunikasi dan penyelarasan bagi mendorong perjanjian berkenaan dicapai seawal mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China