Cari:
BRICS Eratkan Hubungan Satu Sama Lain
2014-07-16 15:31:18 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping yang menghadiri pertemuan keenam pemimpin negara-negara BRICS di Fortaleza Brazil semalam menyampaikan ucapan bertajuk "Permulaan Baharu, Wawasan Baharu, Dorongan Baharu" bagi membuat kesimpulan tentang pengalaman kerjasama antara negara BRICS dan menggariskan hala tuju kerjasama pada masa depan.

Xi menyatakan, BRICS harus mengambil sikap yang terbuka, toleransi, bekerjasama dan saling menguntungkan untuk mengembangkan hubungan rakan yang lebih erat, menyeluruh dan kukuh.

Menurut beliau, matlamat itu dapat direalisasikan menerusi pendekatan seperti berikutnya, iaitu mendorong pertumbuhan ekonomi yang berterusan, mewujudkan pasaran besar dalam bidang perdagangan dan pelaburan, melaksanakan persepakatan dan perjanjian yang dicapai oleh negara-negara membangun serta menyelaraskan pendirian dalam hal ehwal antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China