Cari:
Israel Cabuli Gencatan Senjata
2014-07-16 15:47:18 CRI Cetak

Utusan Malaysia melaporkan, hanya beberapa jam selepas mempersetujui gencatan senjata, Israel sekali lagi mencabuli perjanjian itu apabila melancarkan dua serangan udara ke Genting Gaza semalam.

Terdahulu, pergerakan Hamas dan sayap bersenjatanya, Briged al-Qassam menolak cadangan gencatan senjata yang dicadangkan Mesir selepas sangsi dengan keputusan Israel melaksanakan rancangan tersebut, ketika angka korban akibat konflik itu meningkat kepada 192 orang.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, isu itu bukan hanya tentang gencatan senjata. Perkara paling penting adalah bagaimana kestabilan serta hak rakyat Palestin dapat dikembalikan agar mereka dapat hidup dalam keadaan normal.

Briged al-Qassam dalam laman webnya juga menyatakan, pihaknya akan meneruskan perjuangan mempertahankan penduduk Palestin sehingga objektif mereka tercapai.

Dalam reaksinya kepada perkara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar akan memperluas kempen ketenteraan terhadap Gaza jika Hamas terus menolak gencatan senjata.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China