Cari:
AS Kenakan Sekatan Terhadap Rusia
2014-07-17 14:53:05 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mengumumkan pelaksanaan sekatan terhadap sektor-sektor ekonomi utama di Rusia, sebagai tindak balas kepada negara itu yang menjejaskan kedaulatan dan kedamaian Ukraine.

Obama dalam kenyataan di Rumah Putih menyatakan, aset beberapa syarikat industri pertahanan Rusia akan dibekukan, sementara kegiatan pembiayaan baharu kepada beberapa bank utama dan syarikat sumber tenaga di negara itu oleh warga AS juga dilarang.

Oleh itu, Obama mengingatkan pucuk pimpinan Rusia supaya dapat menyedari akibat negatif tindakannya dalam isu Ukraine, termasuk ekonomi nasional yang terjejas dan keterasingan diplomatik.

Dalam pada itu, Jabatan Perbendaharaan AS dalam kenyataan berkata, AS juga mengenakan sekatan terhadap beberapa tokoh "yang menjejaskan kedaulatan dan kestabilan Ukraine", termasuk empat pegawai kerajaan Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China