Cari:
Iran Tolak Ansur dalam Program Pembangunan Nuklearnya
2014-07-20 15:05:36 CRI Cetak

Iran bersetuju menunaikan kewajipan yang ditetapkan dalam "Pelan Tindakan Bersama" Geneva dalam tempoh empat bulan akan datang.

Beberapa pegawai kanan Amerikat Syarikat (AS) berkata demikian dalam sidang media selepas berakhirnya rundingan pusingan keenam mengenai isu nuklear Iran semalam.

Menurut pegawai tersebut, Iran bersetuju mengubah kesemua 25 kilogram bahan dioksida uranium yang diperkaya pada tahap ketulenan 20% menjadi bahan bakar bagi kegunaan sebuah reaktor nuklear pengajian perubatan di Teheran. Iran juga akan mencairkan kira-kira tiga tan uranium yang diperkaya pada tahap ketulenan 2% yang dimilikinya.

Dimaklumkan, dalam rundingan beberapa minggu lalu, pihak-pihak berkenaan telah mencapai kemajuan yang positif mengenai beberapa isu, termasuk reaktor air berat di Arak, kilang pengayaan uranium di Fordo, jumlah simpanan uranium yang tahap ketulenan rendah di Iran serta mekanisme pemantauan dan pemeriksaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China