Cari:
Kawasan Pencarian Pesawat MH17 Diluaskan
2014-07-21 14:52:14 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pejabat Penerangan Jabatan Kecemasan Kebangsaan Ukraine semalam berkata jabatan tersebut bertanggungjawab sebagai penyelaras operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi pesawat MH17. Kawasan pencarian di negeri Donetsk diluaskan ke 50 kilometer persegi termasuk kawasan 32 kilometer persegi yang telah dijalankan. Sekarang seramai 800 orang terlibat dalam SAR.

Sebahagian mayat mangsa disimpan dalam gerabak penyimpanan beku kereta api yang masih berada di Stesen Keretapi Tolez, Donetsk.

Naib Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman berkata, kerajaan sedang berunding dengan kumpulan bersenjata tempatan mengenai laluan kereta api itu ke tempat kawalan kerajaan. Di samping itu, Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk, Alexander Borodai mengesahkan mereka telah menerima dokumen pengangkutan mayat mangsa daripada kerajaan Ukraine.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China