Cari:
Gencatan Senjata 12 Jam di Genting Gaza
2014-07-26 14:39:23 CRI Cetak

Hamas subuh tadi menyatakan pihaknya menerima cadangan PBB tentang gencatan senjata selama 12 jam di kawasan Genting Gaza.

Jurucakap Hamas, Sami Abu-Zuhri menyatakan pelbagai pihak di Palestin termasuk Hamas bersetuju mewujudkan gencatan senjata 12 jam di Genting Gaza yang bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 8 malam 26 Julai.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei mengecam serangan terhadap sekolah di bawah PBB di utara Genting Gaza semalam. Beliau menggesa pelbagai pihak Palestin mempertimbangkan cadangan masyarakat antarabangsa dan PBB, bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa supaya segera mewujudkan gencatan senjata, serta mengelakkan sebarang tindakan yang memburukkan situasi sekarang demi memelihara keselamatan orang awam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China