Cari:
Perkhidmatan Cuci Kereta dengan Pekerjanya Berbikini Dihentikan
2014-07-28 10:55:46 CRI Cetak

Baru-baru ini, perkhidmatan baharu yang disediakan oleh sebuah pusat servis kereta di Beijing menarik tumpuan masyarakat. Dua orang gadis yang hanya memakai bikini mencuci kereta untuk pelanggan dengan caj cuci kereta setinggi RMB 880 sekali. Bos pusat servis kereta tersebut memaklumkan, perkhidmatan ini disambut hangat oleh para pelanggan yang memandu kereta mewah seperti Lamborghini dan Maserati. Ada orang bahkan datang dua kali sehari.

Bagaimanapun, setelah perkhidmatan itu dilaporkan oleh pelbagai media, pusat tersebut mendapat tekanan yang berat dari masyarakat. Bosnya telah mengumumkan akan menghentikan perkhidmatan tersebut dan menyediakan perkhidmatan pesanan secara pribadi lain yang lebih bermutu, tapi tidak berkaitan lagi dengan unsur "bikini".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China