Cari:
Polis Antarabangsa Diizinkan Masuk Lokasi Nahas MH17
2014-07-28 16:09:37 CRI Cetak

Pemimpin kumpulan pemisah di timur Ukraine, Alexander Borodai bersetuju membenarkan satu pasukan polis antarabangsa masuk ke tempat nahas MH17.

Pejabat Perdana Menteri Malaysia dalam kenyataan semalam berkata, pasukan polis antarabangsa tersebut akan menyediakan perlindungan kepada kumpulan penyiasat antarabangsa yang akan melaksanakan siasatan di lokasi nahas.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menghubungi pemimpin Australia dan Belanda menerusi telefon. Ketiga-tiga negara tersebut bersepakat mengeratkan kerjasama dalam usaha penempatan anggota polis. Sebanyak 68 orang anggota polis dari Malaysia akan bertolak ke tempat nahas MH17 pada 30 Julai nanti sebagai sebahagian daripada pasukan polis antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China