Cari:
Penghantaran Mayat, Algeria Runding dengan Perancis
2014-07-28 15:33:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Media Algeria semalam melaporkan, Kementerian Luar Algeria telah berunding dengan Perancis berhubung isu penghantaran mayat mangsa nahas pesawat Air Algeria.

Menurut laporan media Perancis, Presiden Perancis, Francois Hollande setelah menemui keluarga mangsa warga negara itu menyatakan bahawa mayat semua mangsa nahas berkenaan akan diangkut ke Perancis atas keperluan penyiasatan. Namun menurut amalan agama Algeria, mayat warga negara itu patut dihantar pulang ke kampung halaman untuk dikebumikan secepat mungkin.

Kementerian Luar Algeria berharap pihak Perancis memberi penjelasan berhubung kenyataan Hollande tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China