Cari:
Obama Gesa Gencatan Senjata Segera Israel-Palestin
2014-07-28 17:03:01 CRI Cetak

Presiden AS, Barack Obama menggesa supaya Israel dan Palestin melakukan gencatan senjata dengan segera bagi memelihara kemanusiaan di kawasan yang berkonflik.

Gesaan itu dibuat oleh Obama dalam perbualan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerusi telefon semalam.

Pada hari yang sama, Rumah Putih menyatakan bahawa Obama dalam perbualan itu telah menegaskan semula sokongan AS terhadap cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh Mesir, di samping mendesak kedua-dua pihak yang berkonflik melalukan gencatan senjata dengan segera bagi mewujudkan kedamaian yang berkekalan berdasarkan perjanjian gencatan senjata yang dicapai pada tahun 2012.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China