Cari:
Serangan Ganas di Xinjiang
2014-07-30 11:37:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Satu serangan ganas berlaku di Kaunti Shache, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada awal pagi 28 Julai lalu.

Sekumpulan perusuh bersenjata menyerang pejabat kerajaan tempatan dan balai polis termasuk orang awam yang tidak berdosa, mengakibatkan puluhan penduduk etnik Han dan Uygur terbunuh dan cedera, selain memusnahkan 31 buah kereta termasuk enam yang dibakar. Polis segera bertindak, dan berjaya menembak mati puluhan perusuh.

Menurut siasatan awal, serangan pengganas itu dilakukan secara terancang. Jabatan keselamatan awam sedang menjalankan siasatan terhadap kes itu. Penduduk yang cedera telah mendapat rawatan yang baik di hospital. Ketenteraman masyarakat tempatan kini kembali pulih.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China