Cari:
Konflik Palestin, Israel Berlarutan
2014-07-31 14:32:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Konflik antara Palestin dan Israel terus berlarutan pada 30 Julai waktu tempatan.

Menurut seorang pegawai badan kesihatan Palestin di Genting Gaza, sebuah pasar awam yang padat dengan pengunjung di daerah Sheja'eya, timur kota Gaza diserang menggunakan meriam oleh tentera Israel semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 17 rakyat Palestin terbunuh, dan lebih 160 lagi cedera. Serangan itu dilancarkan pada kira-kira pukul 6 petang, dalam tempoh gencatan senjata yang diisytiharkan oleh Israel sebelum ini.

Menurut statistik pihak Palestin, lebih 1,340 orang rakyat Palestin terkorban dalam Operasi Protective Edge yang dilancarkan tentera Israel sejak 8 Julai lalu.

Setiausaha Agung PBB, Ban Kin-moon semalam mengutuk keras serangan tentera Israel terhadap sebuah sekolah yang ditubuhkan oleh PBB di kawasan Genting Gaza.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China