Cari:
Abbas ke Kaherah Bincang Isu Gencatan Senjata
2014-08-02 16:18:23 CRI Cetak

Tentera Palestin dan Israel semalam bertempur lagi di Gaza, sehari selepas kedua-dua pihak bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama 72 jam.

Dalam pada itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam berkata, beliau akan mengetuai satu delegasi ke Kaherah untuk membincangkan isu gencatan senjata dengan Israel.

Menurut media Palestin, delegasi tersebut termasuk wakil gerakan Fatah, Hamas dan kumpulan jihad Islam.

Lawatan delelasi itu yang asalnya dijadualkan berlepas ke Kaherah pada 1 Ogos, turut tertangguh berikutan pertempuran tersebut.

Setiauhasa Agung PBB, Ban Ki-moon dalam satu kenyataan melalui jurucakapnya semalam, mencela tindakan yang melanggar perjanjian gencatan senjata itu. Beliau turut menggesa Palestin dan Israel bertenang dan kembali melaksanakan gencata senjata selama 72 jam yang dicapai sebelum ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China