Cari:
Sebahagian Penyiasat Berundur dari Lokasi Nahas MH17
2014-08-03 15:26:27 CRI Cetak

Pertempuran yang masih berlarutan berhampiran lokasi nahas MH17 di timur Ukraine, menyebabkan sebahagian penyiasat antarabangsa yang tiba semalam, terpaksa berundur.

Dalam pada itu, Canselor Jerman, Angela Merkel menghubungi Presiden Rusia, Vladimir Putin menerusi telefon sebanyak beberapa kali. Beliau berharap dapat menjadi pengantara dalam krisis Rusia-Ukraine, dan menggariskan pelan damai di timur Ukraine.

Menurut laporan media Jerman dan Britain, Merkel dan Putin sedang membincangkan pelan damai Ukraine, yang termasuk Rusia tidak lagi menyokong kumpulan militan di timur Ukraine, dan membantu menstabilkan situasi di sempadan dengan Ukraine serta menjamin bekalan gas asli yang berterusan kepada Ukraine, manakala masyarakat antarabangsa akan mengiktiraf Crimea menjadi sebahagian daripada wilayah Rusia, dan Ukraine tidak akan menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China