Cari:
Kes Bunuh Pegawai Tentera AS Tidak Jejas Hubungan dengan Afghanistan
2014-08-06 12:51:28 CRI Cetak

Seorang pegawai tentera AS ditembak mati ketika melawat Universiti Pertahanan Negara Afghanistan. Penyerang yang dipercayai askar Afghanistan telah ditembak mati. Jurucakap Jabatan Pertahanan AS, John Kirby menyatakan demikian dalam sidang akhbar semalam.

Menurut Kirby, serangan tersebut telah mengakibatkan seorang pegawai tentera AS terbunuh dan 15 orang lagi cedera. Tambah beliau, kes tersebut tidak akan menjejaskan rasa saling mempercayai antara pasukan bantuan keselamatan antarabangsa Afganistan dengan pasukan tentera negara itu, dan juga tidak mengganggu jadual pengunduran tentera AS dari Afganistan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China