Cari:
Virus Ebola Ragut 932 Nyawa
2014-08-07 12:10:28 CRI Cetak

Menurut laporan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) semalam, setakat 4 Ogos lalu, 1,711 kes virus Ebola dikesan di Guinea Liberia, Sierra Leone dan Nigeria, termasuk 932 kes kematian.

WHO juga menyatakan belum ada laporan kes virus Ebola di AS dan Filipina. Pada hari yang sama, WHO telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk memastikan sama ada wabak ini telah menjadi "kes kesihatan awam darurat yang perlu diberi perhatian antarabangsa". Keputusannya akan diumumkan selepas 8 Ogos nanti.

Sementara itu, Komuniti Pembangunan Afrika Selatan (SADC) pula telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan langkah-langkah menghadapi virus Ebola.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China