Cari:
Gencatan Senjata Di Tempat Terhempas MH17 Berakhir
2014-08-08 15:31:43 CRI Cetak

Menurut pengumuman laman sesawang kerajaan Ukraine semalam, gencatan senjata yang dilaksanakan di tempat terhempas pesawat MH17 berakhir. Pada hari yang sama, pertempuran di kawasan timur Ukraine semakin sengit apabila tentera kerajaan melancarkan serangan yang hebat terhadap bandar Donetsk.

Menurut pengumuman itu, gencatan senjata tentera kerajaan Ukraine akan dilaksanakan semula apabila kumpulan pakar antarabangsa memulakan siasatan fasa kedua. Maklumat tersebut telah dimaklumkan kepada kumpulan pakar antarabangsa itu dan dipersetujui mereka.

Menurut Agensi Berita Rusia, kumpulan pakar antarabangsa menghentikan kerja mereka di kawasan tersebut sehari sebelum pengumuman itu dikeluarkan berikutan terdapat kejadian tembakan di kawasan sekitar itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China