Cari:
Hamas-Israel Setuju Gencatan Senjata 72 Jam Lagi
2014-08-11 15:53:21 CRI Cetak

Agensi Berita Timur Tengah (MENA) melaporkan Israel dan Hamas sekali lagi bersetuju mengadakan gencatan senjata 72 jam bermula 11 Ogos waktu Kaherah.

MENA memetik seorang pegawai Palestin sebagai berkata, Israel telah menerima perjanjian gencatan senjata dan dijangka menghantar rombongan ke Kaherah, Mesir untuk rundingan berkenaan dalam tempoh beberapa jam akan datang.

Sebelum ini, Israel dan Hamas melaksanakan gencatan senjata selama tiga hari bermula 5 Ogos lalu melalui pengantaraan Mesir. Untuk mengelak konflik itu bertambah sengit, Mesir sekali lagi mencadangkan gencatan senjata yang baharu bagi memudahkan Israel dan Hamas merundingkan gencatan senjata yang lebih lama di Genting Gaza.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China