Cari:
Afrika Tangani Wabak Ebola
2014-08-11 16:02:25 CRI Cetak

Negara-negara di Afrika mengambil langkah pencegahan bagi mengelak virus Ebola merebak luas selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan wabak itu telah menjadi peristiwa kesihatan awam cemas yang menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

Di Afrika Barat, Nigeria merupakan negara ketiga yang berada dalam keadaan darurat selepas Sierra Leone dan Liberia yang dikesan wabak Ebola yang paling teruk.

Selain itu, Mauritania dan Guinea-Bissau bertindak meningkatkan tahap pemeriksaan kuarantin di kawasan sempadan. Dalam pada itu, semua penerbangan dari Nigeria ke Chad telah dibatalkan buat sementara.

Untuk membantu negara-negara di benua itu menghadapi virus Ebola, China menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada negara-negara berkenaan. Barang bantuan itu dijangka tiba di kawasan wabak hari ini dan esok.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China