Cari:
Gencatan Senjata Dilanjut Lima Hari Lagi
2014-08-14 15:09:26 CRI Cetak

pegawai Palestin, Azzam el-Ahmad

Palestin dan Israel semalam setuju melanjutkan tempoh gencatan senjata selama lima hari bermula awal pagi 14 Ogos ini.

Pegawai Palestin, Azzam el-Ahmad memaklumkan kepada media bahawa kedua-dua pihak telah berunding tentang pembukaan semula pintu sempadan, peluasan zon tangkapan di pesisir pantai dan pembangunan semula Gaza di bawah rangka perjanjian yang dikemukakan Mesir. Namun, mereka tetap memerlukan masa yang lebih lama untuk membincangkan masalah-masalah yang amat berbeza dari segi pendapat.

Menurut laporan terkini Pejabat Penyelarasan Hal-ehwal Kemanusiaan PBB, kira-kira 370 ribu orang di Genting Gaza tiada tempat berlindung, manakala 30 orang ahli penyelamat terkorban dalam serangan Israel yang berlarutan selama lebih sebulan di kawasan itu selain 74 orang lagi cedera.

Dalam pada itu, sekumpulan lagi warga Palestin, iaitu 18 orang termasuk lima kanak-kanak dan seorang wanita mengandung diterbangkan ke Ankara, Turki semalam untuk mendapat rawatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China