Cari:
Masyarakat Antarabangsa Timbang Bantu Rakyat Iraq
2014-08-14 15:30:42 CRI Cetak

Majlis Keselamatan PBB dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya mengalu-alukan pelantikan Haidar al-Abadi sebagai perdana menteri baharu Iraq, sekali gus menggesa beliau supaya segera membentuk kerajaan baharu.

Badan dunia itu juga merayu kepada semua parti politik di negara itu supaya bertenang dan menghormati progres politik di bawah Perlembagaan.

Dalam pada itu, Penolong Penasihat Keselamatan Nasional AS, Benjamin Rhodes berkata, operasi tentera AS menggugurkan bekalan makanan dan air minuman kepada orang Yazidi yang terkepung di Gunung Sinjar, Iraq "bukan tindakan yang berterusan", kerana krisis kemanusiaan di kawasan pedalaman itu memerlukan "pendekatan penyelesaian kekal".

Rhodes menambah, operasi menyelamat yang dilakukan tentera AS ada "beberapa pilihan", termasuk membina laluan kemanusiaan, menganjurkan penjatuhan barang bantuan dari udara dan lain-lain.

Sementara itu juga, Presiden Perancis, François Hollande dan Perdana Menteri Britain, David Cameron‎ sebulat suara berpendapat bahawa pihak-pihak berkenaan tetap harus bertindak pantas terhadap situasi di Iraq biarpun kuasa kumpulan pelampau Negeri Islam Iraq dan Levant (ISIL) dikekang di beberapa kawasan di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China