Cari:
Iraq Hadapi Krisis Kemanusiaan Teruk
2014-08-15 15:29:18 CRI Cetak

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric semalam berkata, krisis kemanusiaan di Iraq dikategorikan sebagai tahap yang tertinggi, iaitu "keadaan darurat kelas ketiga".

Keputusan PBB itu akan menjamin bantuan berupa barangan dan wang yang lebih banyak dihulurkan kepada rakyat yang tiada tempat berlindung di Iraq.

Dalam pada itu, Presiden AS, Barack Obama yang sedang bercuti di Massachusetts dalam ucapannya berkata, rakyat jelata yang terkepung di pedalaman Gunung Sinjar telah mendapatkan barang makanan dan air minuman yang digugurkan oleh pesawat tentera AS. Oleh itu beberapa ribu orang berpindah dari kawasan itu pada setiap malam. Obama menyifatkan keadaan di Gunung Sinjar sebagai "kian pulih ". Oleh itu, tentera AS tidak akan melancarkan "operasi tambahan" untuk mengundurkan orang ramai dari gunung itu dan mungkin tidak akan meneruskan operasi menggugurkan barang bantuan ke kawasan berkenaan. Sementara itu, kebanyakan staf ketenteraan yang menjalankan tugas penilaian juga akan meninggalkan negara itu dalam masa terdekat.

Tambah Obama, AS akan bersama-sama negara sekutunya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat jelata di utara Iraq dengan sedapat mungkin, sekali gus meneruskan serangan udara terhadap kumpulan pelampau Negeri Islam Iraq dan Levant (ISIL).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China