Cari:
Bantuan China Galakkan Usaha Hadapi Wabak Ebola
2014-08-17 15:27:32 CRI Cetak

Pesawat khas China untuk mengangkut barangan bantuan kemanusiaan bagi menghadapi wabak Ebola tiba di Liberia pada 11 Ogos lalu. Media utama tempatan, termasuk stesen televisyen, radio dan akhbar negara membuat liputan untuk beberapa hari berturut-turut terhadap ketibaan pesawat China dan penyerahan barangan, serta menyifatkan bantuan China itu perkara yang menggalakkan.

Media tempatan memetik ucapan Presiden Liberia, Ellen Johnson Sirleaf dalam majlis penyerahan bahawa China secepat mungkin menghantar barangan perubatan dalam bilangan yang besar meskipun negara sendirinya mengalami kesukaran ketika menangani urusan pasca gempa bumi di Yunnan.

Bantuan China itu membuktikan persahabatan antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara. China menjadi teladan baik dengan tindakannya sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China