Cari:
China dan ASEAN Perlu Meluaskan Pandangan ke Masa Depan
2014-08-19 13:17:59 CRI Cetak

Sarjana dari Institut Kajian Hubungan Antarabangsa Rajaratnam (RSIS) Universiti Nanyang Singapura yang juga Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri Malaysia, Encik Ei Sun Oh mengarang rencana yang bertajuk "China dan ASEAN perlu meluaskan pandangan ke masa depan" untuk akhbar Renminribao yang diterbitkansemalam.

Menurut rencana itu, bagi kebanyakan negara ASEAN, siri mesyuarat menteri luar Kerjasama Asia Timur yang baru berakhir memang merupakan kejayaan yang cemerlang. Para peserta dapat mencari persamaan dan menyisihkan perselisihan. Cadangan yang diusulkan AS untuk membekukan tindakan di Laut China Selatan telah diketepikan dalam siri mesyuarat tersebut.

Hubungan dan interaksi antara China dengan negara Asia Tenggara mempunyai sejarah yang lama. Pada masa dahulu, armada Cheng Ho ke Asia Tenggara telah menyediakan asas persahabatan yang kukuh antara satu sama lain. Kini, kerjasama pragmatik dan hubungan saling menguntungkan antara China dengan ASEAN pula berkembang baik. Meskipun keadaan di China dan negara-negara ASEAN berbeza, namun masing-masing bersedia bersama-sama mewujudkan pembangunan secara damai berdasarkan semangat kerjasama dan sama rata. Kedua-dua pihak mempunyai ruang kerjasama yang meluas.

Untuk meluaskan pandangan ke masa depan dan mengembangkan hubungan dua hala yang stabil, China dan ASEAN perlu mengekalkan dasar "melaksanakan kerjasama pragmatik dan mewujudkan kemakmuran serantau".

Pertama, China dan ASEAN perlu mengutamakan asas kerjasama, iaitu pembangunan ekonomi dan perdagangan. Usaha menaiktaraf Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), menggalakkan kesalinghubungan dan membangunkan Jalan Sutera Laut Abad ke-21 menjadi perhatian umum dalam siri mesyuarat menteri luar Asia Timur kali ini dan titik permulaan yang baik bagi merapatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak kelak.

Kedua, selepas menyedari perselisihan di Laut China Selatan tidak menjejaskan hubungan China-ASEAN, kedua-dua pihak perlu meluaskan pandangan, merapatkan kerjasama keselamatan serantau dan bersama-sama menangani ancaman keganasan, lanun dan penyeludupan. China dan ASEAN patut menggalakkan proses rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) demi mewujudkan rangka positif bagi keselamatan pengangkutan langsung dan penerokaan bersama di Laut China Selatan.

Dan ketiga, China dan ASEAN selaku negara masyarakat majmuk perlu saling mempelajari dari segi kebudayaan dan pendidikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China