Cari:
Ban Ki-moon Puji Operasi Musnah Senjata Kimia Syria
2014-08-21 11:58:51 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengeluarkan kenyataan semalam yang mengalu-alukan operasi pemusnahan bahan pembuatan senjata kimia Syria di kapal Cape Ray AS.

Menurut kenyataan itu, pemusnahan itu merupakan langkah penting bagi usaha mengawal senjata pemusnah besar-besaran oleh masyarakat antarabangsa.

Ban Ki-moon turut memuji kerjasama kerajaan Syria dan pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa. Beliau menyeru kerajaan Syria menunaikan janjinya untuk memusnahkan kemudahan pengeluaran senjata kimia yang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China