Cari:
Percanggahan Rusia dan Ukraine dalam Konvoi Bantuan Kemanusiaan Meningkat
2014-08-23 14:56:52 CRI Cetak

Majlis Keselamatan PBB (UNSC) semalam mengadakan mesyuarat tertutup untuk membincangkan masalah kemasukan konvoi kereta Rusia yang membawa bantuan kemanusiaan ke wilayah Ukraine.

Namun perbincangan tergempar selama lebih sejam itu gagal mencapai persepakatan.

Wakil Tetap Rusia ke PBB, Vitaly Churkin menyampaikan ucapan sebelum dan selepas mesyuarat tergempar itu untuk menegaskan bahawa Rusia bertindak demikian untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Ukraine. Beliau menyifatkan dakwaan negara itu terhadap Rusia sebagai tidak munasabah.

Walau bagaimanapun pihak Ukraine mengkritik keras konvoi kereta Rusia memasuki wilayah negara itu tanpa izin dan menganggap tindakan itu sebagai menceroboh kedaulatan Ukranine.

Dalam pada itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin menganggap sikap Ukraine yang tidak membenarkan konvoi Rusia memasuki negara itu sebagai tindakan yang tidak boleh diterima. Presiden Ukraine, Petro Poroshenko pula mendakwa tindakan Rusia telah membelakangai undang-undang antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China