Cari:
UNSC Kutuk Keras ISIL Membunuh Wartawan AS
2014-08-23 14:40:20 CRI Cetak

Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengeluarkan kenyataan semalam yang mengutuk keras Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) membunuh wartawan AS, James Foley dan menegaskan kumpulan itu mesti dihapuskan.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, wartawan dan warga media yang bekerja di kawasan konflik dianggap sebagai orang awam dan perlu mendapat penghormatan dan perlindungan. Majlis Keselamatan menggesa pelbagai pihak yang berkonflik supaya memikul tanggungjawab untuk memelihara keselamatan orang awam.

Kenyataan itu turut menggesa ISIL dan kumpulan pelampau lain membebaskan semua tebusan tanpa syarat. Mereka yang melakukan jenayah seumpama itu pasti akan dikenakan hukuman.

Naib Penolong Presiden AS atas Urusan Keselamatan Negara, Ben Rhodes menyatakan ISIL yang telah membunuh beribu-ribu orang awam merupakan ancaman bagi seluruh dunia. AS sedang mengawasai kumpulan itu supaya mengelakan kumpulan itu daripada melaksanakan serangan terhadap negara Barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China