Cari:
Presiden Ukraine Bubar Parlimen
2014-08-26 15:37:28 CRI Cetak

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko semalam mengumumkan keputusan untuk membubarkan Parlimen ke-7 lebih awal daripada jadual, dan mengadakan pilihan raya parlimen pada 26 Oktober nanti.

Menurut beliau, keputusan itu selaras dengan Fasal ke-90 Perlembagaan Ukraine. Parti gabungan dalam parlimen sudah berpecah pada 24 Julai lalu, manakala parti gabungan baharu masih belum ditubuhkan dalam tempoh satu bulan mengikut perlembagaan berkenaan. Dalam konteks ini, Presiden berkuasa membubarkan parlimen. Menurut tinjauan pendapat umum, 80% warga Ukraine menyokong pilihan raya parlimen diawalkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China