Cari:
WHO Bimbang Akan Wabak Ebola
2014-08-26 16:01:43 CRI Cetak

Fenomena pekerja kesihatan dijangkiti wabak Ebola yang tercetus di negara-negara Afrika Barat kali ini sangat buruk. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam, setakat ini, separuh daripada 240 orang kakitangan kesihatan yang dijangkiti Ebola terkorban. Keadaan tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini.

Di keempat-empat negara Afrika Barat yang dilanda wabak Ebola, iaitu Guinea, Liberia, Sierra Leone dan Nigeria, taraf pembangunan sosial amat rendah, selain sistem kesihatan terlalu lemah akibat pertempuran yang berlarutan bertahun-tahun lamanya, yang mengakibatkan kekurangan pekerja kesihatan. Oleh itu, sistem kesihatan negara-negara tersebut kurang upaya untuk menghadapi wabak Ebola yang tiba-tiba tercetus.

Pakar menjangkakan usaha mengawal wabak Ebola ini memerlukan sekurang-kurang separuh tahun lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China