Cari:
Tentera Kerajaan Iraq Bertempur dengan ISIS untuk Rebut Lebuh Raya
2014-08-28 13:26:16 CRI Cetak

Pasukan Keselamatan Iraq melancarkan serangan secara besar-besaran untuk merebut sebatang lebuh raya utama di Provinsi Salah ad Din, utara negara itu semalam.

Menurut seorang pegawai tentera di Provinsi Salah ad Din, tentera kerajaan telah menggunakan kereta kebal dan helikopter untuk bertempur dengan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIS) di kawasan sekitar Kem Speicher yang merupakan pangkalan tentera AS sebelum ini. Tentera kerajaan telah menembak mati ramai anggota militan, bagi menawan semula kawasan yang luas di sekitar lebuh raya di Tikriti.

Tambah pegawai tentera itu, lebuh raya berkenaan menghubungkan Tikriti dengan Baiji, 30 kilometer di utaranya yang merupakan medan minyak utama di negara itu. Penguasaan terhadap lebuh raya itu penting bagi tentera kerajaan untuk melancarkan serangan terhadap kumpulan militan ISIS di Tikriti dan Baiji.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China