Cari:
Rusia Usaha Penuhi Kontrak Bekal Gas Asli ke Eropah
2014-08-28 13:27:45 CRI Cetak

Rusia akan berusaha sedaya upaya bagi melaksanakan kontrak pembekalan gas asli kepada Eropah.

Menteri Sumber Tenaga Rusia, Alexander Novak semalam menyatakan bahawa Persekutuan Tarif Rusia, Belarus dan Khazakstan telah mengadakan rundingan dengan wakil dari Ukraine dan Kesatuan Eropah(EU) di Minsk, ibu negara Belarus pada 26 Ogos lalu. Pelbagai pihak bersetuju meneruskan rundingan tiga pihak antara Rusia, EU dan Ukraine berhubung pengangkutan gas asli dari Rusia ke Eropah melalui Ukraine.

Setiausaha Penerangan Presiden Rusia, Dmitri Peskov semalam berkata, Rusia merupakan negara pembekal sumber tenaga yang boleh dipercayai. Beliau berharap Ukraine melaksanakan kewajipannya bagi menjamin pengangkutan gas asli dari Rusia ke Eropah melalui wilayahnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China