Cari:
Ebola: Enam Mati di Nigeria
2014-08-29 11:25:20 CRI Cetak

Seorang doktor di Harcourt, selatan Nigeria mati akibat penyakit virus Ebola, sekali gus menjadi kes kematian keenam di negara itu.

Menurut Menteri Kesihatan Nigeria, doktor yang meninggal dunia pada 22 Ogos lalu pernah merawat seorang pesakit virus Ebola sebelum ini. Sejak kes kematian pertama akibat virus Ebola yang dikesan di Lagos, bandar terbesar di Nigeria pada 25 Julai lalu, sebanyak 14 kes jangkitan virus berkenaan disahkan di negara itu setakat ini.

Menurut makluman terkini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat 26 Ogos lalu, jumlah jangkitan atau yang disyaki virus Ebola mencatat 3,069 kes di pelbagai negara Afrika termasuk Guinea, Liberia, Sierra Leone dan Nigeria, dengan 1,552 orang meninggal dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China