Cari:
Obama: AS Belum Ada Strategi Banteras ISIS
2014-08-29 13:06:51 Agensi Berita Xinhua China Cetak

AS masih belum mempunyai strategi untuk membanteras kumpulan pelampau Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIS) pada masa ini. Selain itu, AS tidak akan mengambil tindakan ketenteraan untuk menyelesaikan krisis Ukraine.

Presiden AS, Barack Obama menyatakan demikian dalam sidang media di White House semalam.

Berhubung situasi semasa di Iraq, Obama berkata, strategi untuk membanteras ISIS memerlukan sokongan rakan-rakan serantau. Beliau telah menugasi Setiausaha Negara, John Kerry melawat ke Asia Barat untuk membincangkan penubuhan persekutuan bagi membanteras kumpulan pelampau.

Obama turut mengumumkan beliau akan mengundang Presiden Ukraine, Petro Poroshenko melawat White House pada bulan September.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China