Cari:
AS Rancang Operasi di Syria
2014-08-30 15:58:00 CRI Cetak

Peruntukan untuk operasi ketenteraan AS di Iraq pada masa kebelakangan ini mencecah USD 500 juta. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Jabatan Pertahanan AS, John Kirby semalam.

Menurut jurucakap itu, peruntukan tersebut berasal daripada belanjawan operasi kecemasan di seberang laut yang diperuntukkan oleh Jabatan Pertahanan bagi tahun fiskal 2014. Tambah beliau, had maksimum belanjawan itu perlu diubah suasi sekiranya tentera AS terus melancarkan operasi yang berskala sama di seberang laut pada tahun depan.

Pada hari yang sama, jurucakap itu turut mengesahkan bahawa Presiden Barack Obama telah menuntut Jabatan Pertahanan mengemukakan satu rancangan bagi melancarkan operasi ketenteraan di Syria pada 28 Ogos lalu.

Kata jurucakap itu, seperti yang dinyatakan oleh Presiden Obama dan sesetengah pegawai Pentagon, rancangan itu bukan hanya melibatkan tindakan ketenteraan sahaja. AS bakal menggunakan pelbagai kaedah dan sumber untuk menghadapi ancaman daripada kumpulan pelampau Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIS).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China