Cari:
44 Anggota Pengaman PBB yang Ditahan di Bukit Golan Selamat
2014-08-30 15:58:35 CRI Cetak

Jurucakap Setiausaha Agung PBB semalam menyatakan bahawa 44 orang anggota pengaman PBB yang ditahan di Bukit Golan kini selamat dan sihat. Bagaimanapun, Pasukan Pemerhati Pengunduran PBB (UNDOF) belum dapat mengadakan hubungan secara langsung dengan mereka.

UNDOF dimaklumkan bahawa tindakan menahan anggota pengaman itu adalah untuk "memindahkan mereka dari medan pertempuran ke kawasan yang selamat bagi melindungi keselamatan mereka".

44 orang anggota pengaman PBB itu ditahan di kawasan bebas ketenteraan di Bukit Golan pada 28 Ogos lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China