Cari:
Chui Sai On Dipilih Ketua Eksekutif ke-4 Macau
2014-08-31 15:12:09 CRI Cetak

Fernando Chui Sai On dipilih sebagai Ketua Eksekutif ke-4 Wilayah Pentadbiran Khas Macau, China dengan 380 undi.

Dalam pemilihan Ketua Eksekutif ke-4 Macau yang diadakan hari ini, antara 400 ahli Jawatankuasa Pemilihan, 396 orang hadir membuang undi, selain seorang memohon cuti.

Menurut Undang-undang Pemilihan Ketua Eksekutif Macau, pemilihan berkenaan dianggap sah jika terdapat 2/3 ahli Jawatankuasa Pemilihan hadir membuang undi. Manakala calon yang memperoleh undi daripada lebih separuh ahli yang hadir, boleh dipilih untuk menyandang jawatan tersebut.

Menurut Undang-undang Asas Macau, ketua eksekutif Macau dipilih oleh satu Jawatankuasa Pemilihan yang mewakili semua penduduk tempatan mengikut undang-undang berkenaan dan dilantik oleh kerajaan pusat China, dengan tempoh perkhidmatan selama lima tahun. Menurut Undang-undang Pemilihan Ketua Eksekutif Macau, jumlah anggota Jawatankuasa Pemilihan Ketua Eksekutif Macau ditambah daripada tiga ratus orang kepada empat ratus orang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China