Cari:
Keputusan NPC Berkaitan Hong Kong, Peristiwa Bersejarah Bagi China
2014-09-01 14:09:58 CRI Cetak

Mesyuarat ke-10 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 China semalam meluluskan keputusan berkaitan pemilihan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan penubuhan Majlis Perundangan Hong Kong. Bermula tahun 2017, Ketua Eksekutif Hong Kong mungkin dipilih melalui pemilihan umum.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Zhang Dejiang menyatakan bahawa ini merupakan satu lagi keputusan penting yang dibuat oleh jawatankuasa NPC mengenai isu pembangunan Hong Kong. Perkara ini amat bermakna bagi pelaksanaan "Satu Negara Dua Sistem" secara menyeluruh dan dasar "orang Hong Kong mentadbir Hong Kong", pengamalan pentadbiran autonomi serta Undang-undang Asas Hong Kong, selain mendorong pembangunan demokrasi secara beransur-ansur di wilayah tersebut. Keputusan untuk melaksanakan pemilihan umum bagi jawatan Ketua Eksekutif bermula tahun 2017 amat signifikan.

Sekiranya keputusan tersebut diluluskan oleh Majlis Perundangan Hong Kong dan Ketua Eksekutif sekarang bersetuju untuk melaksanakan prosedur undang-undang yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tetap NPC, para pengundi yang layak mengundi boleh memilih Ketua Eksekutif Hong Kong pada ulang tahun ke-20 wilayah ini dikembalikan ke tanah air. Ketua Eksekutif sekarang, Leung Chun-ying telah menyatakan sokongan terhadap keputusan Jawatankuasa Tetap NPC tersebut.

Beliau berkata, prinsip "seorang seundi" untuk memilih Ketua Eksekutif bukan sahaja merupakan kemajuan penting terhadap pembangunan sistem politik Hong Kong, tetapi juga peristiwa besar dalam sejarah negara. Penduduk Hong Kong yang layak mengundi yang seramai lebih 5 juta orang, tidak perlu lagi berdiri di pinggir, sebaliknya boleh memilih sendiri Ketua Eksekutif pada tahun 2017.

Leung juga menyeru penduduk Hong Kong termasuk anggota Majlis Perundangan bersatu padu untuk melaksanakan pemilihan umum dan mendorong proses demokrasi. Menyebut tentang kumpulan penentang yang mengancam untuk "menduduki kawasan Central Hong Kong", beliau pula menegaskan bahawa sebarang perlakuan haram yang menjejaskan kemakmuran dan kestabilan Hong Kong tidak akan menerima sokongan majoriti penduduk di sini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China