Cari:
Tindakan Antikeganasan di Timur Ukraine Tamat
2014-09-02 13:08:43 CRI Cetak

Menteri Pertahanan Ukraine, Valeriy Geletey semalam menyatakan bahawa tindakan untuk membebaskan kawasan timur negaranya daripada penguasaan pengganas telah berakhir, manakala usaha untuk mencegah serangan Rusia perlu dijalankan segera.

Menurut Valeriy Geletey dalam laman sosial Facebook, Ukraine telah menewaskan Rusia dalam perang bukan regular. Oleh itu, Rusia pasti akan mengambil tindakan ketenteraan untuk menceroboh kawasan timur Ukraine. Jika Rusia tidak melakukan tindakan itu, tentera Ukraine dapat membebaskan semua wilayahnya menjelang awal bulan Oktober. Menurut beliau, Rusia juga berniat memerangi kawasan lain di Ukraine.

Pada hari yang sama, jurucakap Suruhanjaya Keselamatan dan Pertahanan Negara Ukraine, Andriy Lysenko memaklumkan, anggota tentera Rusia tiba di Luhansk dan Donetsk secara berperingkat untuk menggantikan militan di sana. Setakat pagi semalam, jumlah anggota tentera Rusia tersebut telah mencapai 1,600 orang.

Kumpulan perhubungan tiga pihak mengenai isu Ukraine telah mengadakan mesyuarat di Minsk, Belarus semalam. Mereka akan membincangkan isu pertukaran tahanan perang dan memastikan bantuan kemanusiaan. Duta besar Rusia ke Ukraine, Mikhail Zurabov, mantan Presiden Ukraine, Leonid Kuchma dan wakil Pertumbuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah, Heidi Tagliavini menyertai mesyuarat itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China