Cari:
Ban Ki-moon Tidak Senang Terhadap Pemiliknegaraan Israel Di Tebing Barat
2014-09-02 14:47:23 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengeluarkan pengumuman melalui jurucakapnya semalam untuk menyatakan perasaan tidak senang terhadap tindakan Israel memiliknegarakan 400 hektar tanah di Tebing Barat. Serentak itu, beliau menyeru Israel segera menghentikan operasi memperluas pusat penempatan Yahudi di Tebing Barat.

Ban Ki-moon menyatakan bahawa tindakan Israel merampas tanah tersebut mungkin akan memperluas pusat penempatan Yahudi. PBB pernah berulang kali menegaskan bahawa tindakan memperluas pusat penempatan itu melanggar undang-undang antarabangsa dan membelakangi rancangan penyelesaian masalah antara Palestin dan Israel.

Ban Ki-moon menggesa Israel menyahut seruan masyarakat antarabangsa, menghentikan peluasan pusat penempatan Yahudi, mematuhi undang-undang antarabangsa dan kewajipan dalam Peta Garisan yang dicapai empat pihak mengenai isu Asia Barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China