Cari:
ISIS Pancung Seorang Lagi Wartawan AS
2014-09-03 12:46:06 CRI Cetak

Kumpulan pelampau bersenjata Negara Islam Iraq dan Levant (ISIS) menyiarkan video dalam internet semalam bagi menunjukkan seorang lagi wartawan AS, Steven Sotloff dipancung. Sebelum ini, ISIS telah membunuh wartawan AS, James Foley. Rumah Putih AS menyatakan pihaknya akan menyiasat kesahihan video tersebut.

Dalam video tersebut, pelampau ISIS juga mengancam akan membunuh tebusan warga Britain, David Haines. Menurut media AS, ISIS masih menahan sekurang-kurangnya dua tebusan warga AS.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya bahawa beliau mengalu-alukan kejayaan pasukan keselamatan Iraq membebaskan provinsi Salah ad Din dan Amirli di kawasan utara Iraq daripada kepungan ISIS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China