Cari:
Ukraine Tuduh Rusia Ceroboh Wilayahnya Secara Terbuka
2014-09-03 12:49:02 CRI Cetak

Pada minggu lalu, Ukraine menuduh tentera Rusia mencerobohi kawasan timur negara itu berulang kaliļ¼Œ selain menembak dengan meriam. Kementerian Luar Ukraine semalam sekali lagi menyatakan bahawa Rusia telah melakukan pencerobohan dengan tindakan kekerasan terhadap wilayah Ukraine.

Jurucakap Kementerian Luar Ukraine, Yevgeny Pelebinis menyatakan, Rusia secara terang-terangan menunjukkan hasrat untuk berperang dan melakukan pencerobohan terhadap Ukraine. Ukraine akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mempertahankan diri, sekali gus berharap masyarakat antarabangsa memberikan bantuan berkesan untuk menentang pencerobohan berkenaan.

Rusia menafikan tuduhan Ukraine itu dan menyatakan tiada askar Rusia campur tangan dalam konflik domestik Ukraine. Menteri Luar Rusia, Lavrov dalam sidang akhbar semalam berharap agar AS boleh menasihati Ukraine supaya krisis negara itu diselesaikan secara politik, ketika Presiden Ukraine melawat AS pada 18 September nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China